Sunday, November 1, 2009

PENCEMARAN BAHASA@PAPAN TANDA



KESALAHAN YANG MEMALUKAN!!!


BANNER seperti gambar di sebelah dengan mudah dapat kita temukan di mana-mana bangunan di kawasan pekan Tanjung Malim. Masyarakat mungkin tidak bermasalah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Majlis Daerah tersebut. Hal ini demikian kerana, penggunaan kata yang tepat memudahkan masyarakat memahami mesej yang ingin disampaikan, yakni membeli kupon letak kereta bagi mengelakkan daripada kenderaan mereka disita.
Walau bagaimanapun, yang menjadi permasalahan di sini bukanlah berkenaan dengan mesej yang ingin disampaikan, tetapi yang menjadi isu ialah penggunaan bahasa yang menyalahi hukum tatabahasa. Jika kita adalah seorang pencinta bahasa, sudah pasti kita akan dapat melihat satu kesalahan yang sewenang-wenangnya dilakukan oleh majlis daerah tersebut. Kesalahan tersebut ialah penggunaan kata “disini” yang ejaannya dicantumkan. Sesungguhnya, kesalahan tatabahasa penggunaan awalan “di-“ ini tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak majlis daerah.

Awalan “di-“ merupakan awalan yang digabungkan dengan kata dasar bagi membentuk kata kerja pasif misalnya “disita”, “dilarang” dan sebagainya. Pengguna bahasa harus peka dengan keadaan ini, perlu diingat bahawa penggunaan awalan “di-“ bagi kata kerja pasif, ejaannya perlu digabungkan. Sementara itu, penggunaan “di” sebagai kata sendi nama pula digunakan khusus di hadapan kata nama dan ejaannya perlulah dijarakkan ataupun ditulis secara terpisah misalnya “di sekolah”, “di sungai”, “di Johor” dan sebagainya. Kesalahan penggunaan awalan “di-“ dan penggunaan “di” sebagai kata sendi nama ini juga dapat dilihat pada beberapa keping gambar berikut yang membuktikan kebutaan pengguna bahasa terhadap hukum tatabahasa.

Justeru, diharapkan masyarakat Malaysia khususnya pihak yang bertanggungjawab harus lebih peka dan tidak mengambil mudah isu ini. Mereka seharusnya mengambil inisiatif untuk membetulkan kesalahan ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan bahasa kepada masyarakat khusunya para pelajar. Sesungguhnya, kesalahan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam era memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template