Saturday, October 31, 2009

Kes Rokok 3

2 comments
SEBUTLAH apa jua jenis penyakit yang bakal menyerang dan boleh meragut nyawa, semuanya tidak berkesan di hati perokok. Makin ditegah, makin banyak kempen kesedaran diadakan, semakin menjadi-jadi pula tabiat merokok yang kini, mula menular dalam kalangan kanak-kanak di sekolah rendah. Kanser juga tidak digeruni oleh perokok kerana kebanyakan kes berlaku pada perokok berumur 50 tahun ke atas. Jadi, keadaan ini tidak memberi kesan di hati perokok muda yang menganggap perkara itu masih terlalu jauh untuk berlaku kepada diri mereka. Namun, satu perkara yang perlu diingatkan dan difahami betul-betul ialah, insiden kes kanser mula melanda pesakit muda. Menariknya, sembilan daripada 10 jenis kanser paling popular bagi lelaki berpunca atau ada kaitan rapat dengan merokok.

Pengarah Eksekutif Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata penggunaan tembakau (sama ada menghisap rokok, cerut atau paip) menyumbang 30 peratus kematian dalam kalangan pesakit kanser.

Sehingga kini, terdapat 15 jenis kanser yang dikenal pasti berhubung rapat dengan tabiat merokok, antaranya barah paru-paru, mulut, tekak, buah pinggang, serviks, usus, perut, pankreas dan prostat. Perkara yang ingin ditekankan di sini ialah dua pertiga daripada semua jenis kanser boleh dielakkan dan caranya sangat mudah, iaitu berhenti merokok.

Statistik berdasarkan Persidangan Kawalan Tembakau Malaysia 2005 pada Mei lalu menunjukkan hampir 50 peratus lelaki Malaysia merokok. “Dianggarkan ada lapan juta perokok di Malaysia dan perkara yang menyedihkan, 75 peratus mula merokok sebelum umur 20 tahun. Kini, umur perokok semakin muda dan ada kanak-kanak sekolah rendah juga sudah terlibat dengan merokok. Hal ini bermakna kebarangkalian mendapat kanser boleh berlaku lebih awal.

Hal ini demikian kerana asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya dan 60 daripadanya sangat beracun. Antaranya, Ammonia (bahan pencuci lantai), Aseton (bahan penanggal cat), Arsenik (racun anai-anai), Toluidine, Urethane, Toluena (Bahan Pelarut), Dibenzacridine, Fenol, Butana (bahan api pemetik api), Karbon Monoksida (gas beracun ekzos kereta), Polonium-210, DDT (racun makhluk perosak), Maetanol (bahan api roket), Kadmium (bahan dalam bateri kereta), Naftalena (ubat gegat), Dimethylnitrosamine, Pyrene dan Naphthylamine. Selain itu, pengusaha memasukkan 60 jenis bahan untuk ‘menyedapkan’ rasa rokok, termasuk gula dan nikotin. Nikotin menyebabkan orang ketagih merokok dan kesannya jauh lebih berbahaya berbanding heroin.

Apabila anda merokok, asap rokok meresap masuk ke air liur dan semua sel dalam mulut. Apabila asap ditelan, semua racun tersebar ke semua sel laluan pernafasan sebelum berkumpul dalam paru-paru. Air liur bertindak balas memecahkan komponen asap rokok sebelum meresap ke salur darah. Kemudian, bahan beracun dalam asap rokok merebak ke seluruh organ dalam badan. Asap rokok meracuni air liur yang menyebabkannya hilang manfaat asalnya. Akibatnya air liur bertukar kepada bahan yang boleh merosakkan sel dalam mulut dan menyebabkan gigi berlubang serta penyakit gusi. Hal ini juga menyebabkan seorang lelaki boleh secara tiba-tiba mengalami masalah kesuburan, mati pucuk atau mendapat kanser prostat yang semuanya menyerang dalam diam.

Dr Saunthari berkata, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap semua bahagian dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah ulser dan pedih ulu hati. Selain itu, asap rokok memusnahkan bahan antioksidan semula jadi dalam air liur dan menjadi perangsang kepada pembentukan kanser dalam mulut. Dengan itu, untuk mengelakkan daripada merana, segeralah berhenti merokok.

Kes Rokok 2

0 comments

WALAUPUN terdapat pelekat beramaran yang melarang menjual rokok kepada remaja berusia 18 tahun ke bawah, namun Kongres Dalam Perkhidmatan Pendidikan mendapati pelajar sekolah bebas membeli rokok di kedai sekitar sekolah masing-masing walaupun berpakaian seragam sekolah.

Presidennya, Profesor Madya Dr. Abd Rahman Daud kesal kerana apa yang berlaku sekarang ialah pelajar dengan mudah membeli rokok di kedai-kedai makan atau runcit yang terletak berdekatan sekolah. "Sepatutnya, pengusaha kedai makan dan runcit ini tidak menjual rokok kepada pelajar sekolah, tetapi kerana memikirkan keuntungan, mereka menjual rokok kepada pelajar sekolah," katanya.

Menurut beliau lagi, masalah rokok membawa kepada berlakunya masalah-masalah disiplin yang lain seperti ponteng sekolah, berkawan dengan orang luar yang berkelakuan tidak senonoh dan akhirnya putus minat terhadap pelajaran.

Bagi menyentuh peranan sekolah pula, Profesor Madya Dr. Abd Rahman Daud mahu pengetua, guru besar dan guru-guru biasa perlu memainkan peranan sebagai guru disiplin bagi menangani gejala gangsterisme di sekolah. Jadi, masalah disiplin pelajar dapat dikesan dan diatasi dengan segera..

Katanya, masalah disiplin itu boleh diselesaikan tanpa perlu menunggu kehadiran guru disiplin kerana apa yang penting ialah mengawalnya daripada merebak menjadi lebih teruk. "Pengetua dan guru besar pula perlulah lebih tegas terhadap disiplin pelajar," katanya.

Beliau yang juga Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat berkata, ketika beliau berada di bangku sekolah pada tahun 1960an, pelajar yang didapati merokok akan dirotan sebanyak tiga kali di punggung dan digantung sekolah selama tiga minggu.

"Dalam hal ini, tindakan pengetua atau guru besar perlulah mendapat sokongan padu daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan sendiri," katanya.

Selain itu, Abd. Rahman berkata, masyarakat turut memainkan peranan bagi mengawasi disiplin pelajar. Menurutnya, setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama membimbing pelajar ke arah kebaikan. Selain itu, katanya, jika pelajar didapati terlibat dalam kegiatan kumpulan haram atau samseng maka tindakan masyarakat ialah melaporkannya kepada pihak sekolah dan polis.

Kedua-dua pihak itu jelasnya perlu diberitahu mengenai keadaan sebenar pelajar yang terlibat.

"Apa yang berlaku sekarang ialah masyarakat sekitar menganggap mereka tidak perlu `menjaga tepi kain orang' dan inilah penyakit yang akhirnya meruntuhkan institusi masyarakat itu sendiri," katanya.

Beliau turut menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah jenayah dan budaya merokok dalam kalangan pelajar sekolah.

Pelaksanaan langkah itu katanya memerlukan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa.

Menurutnya, ibu bapa adalah orang yang paling hampir dan dekat dengan anak-anak.

Justeru katanya didikan awal kanak-kanak perlu diberi penekanan oleh setiap anggota keluarga.

"Bagi masyarakat Islam, didikan agama perlu diberi penekanan yang mendalam supaya masalah sosial pelajar dapat dihindarkan," katanya.

Katanya, pengawasan ibu bapa bukan sahaja di peringkat awal tetapi berlarutan sehingga remaja dan dewasa.

Mengenai punca yang menyebabkan kegiatan merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa pada masa kini, beliau berkata, terdapat tiga punca yang sebelum ini pernah dibincangkan oleh pelbagai pihak iaitu masalah keluarga; pengaruh rakan sebaya dan persekitaran di sekolah.

Kes Rokok

0 comments
Satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di London mendapati bahawa antara faktor kebanyakan remaja perempuan di London, Britain dan juga Ottawa, Kanada, merokok adalah untuk menguruskan badan. Mengikut penyelidikan tersebut, keadaan ini membabitkan kira-kira 2800 remaja perempuan di kedua-dua negara dalam lingkungan usia 11-18 tahun..

Dapatan kajian ini sepatutnya menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan ibu bapa serta masyarakat umumnya kerana berkemungkinan remaja perempuan di negara ini juga turut dipengaruhi dengan hujah-hujah yang sama. Hal ini demikian kerana berat badan adalah perkara yang penting dalam kalangan remaja perempuan. Oleh hal yang demikian, tidaklah menghairankan sekiranya ramai wanita terus tidak berpuas hati dengan berat badan mereka dan menginginkan berat badan yang lebih langsing. Hal ini menyebabkan ramai daripada mereka mengamalkan cara-cara yang tertentu untuk mengurangkan berat badan masing-masing.

Mengikut satu kajian pada tahun 1996, kaitan merokok dengan kawalan berat badan telah mula diutarakan melalui iklan-iklan rokok sejak tahun 1920an lagi, khususnya di Amerika Syarikat. Sebagai contoh satu iklan jenama rokok Lucky Strike telah mengutarakan slogan "Reach for a Lucky instead of a sweet" (Cubalah Lucky daripada gula-gula). Malah mengikut kajian tersebut, iklan-iklan rokok semasa masih disasarkan kepada wanita dengan menekankan beberapa sifat kawalan berat badan melalui merokok secara tidak langsung. Mereka bukan sahaja menggunakan remaja-remaja perempuan berbadan langsing sebagai model dalam iklan-iklan, tetapi sering kali mempamerkan nama-nama rokok yang ada kaitan dengan kelangsingan badan dengan menggunakan istilah seperti "slenderness" (ramping) dan "slimness" (langsing). Hal ini menunjukkan yang syarikat-syarikat tembakau mempunyai strategi untuk memperluaskan pasaran mereka dalam kalangan wanita.

Jelas iklan-iklan ini cuba memberi satu gambaran tentang imej positif kepada remaja-remaja melalui aktiviti-aktiviti merokok. Imej diri yang diutarakan mereka kepada remaja-remaja perempuan lebih bercorak "keyakinan", "kematangan" dan "keberanian" sebagai sifat-sifat dapat menukar imej seorang wanita yang sanggup melanggar nilai dan norma sosio-budaya apabila mengamalkan tabiat merokok. Hal ini diiringi pula dengan ciri keanggunan dan menyeronokkan sebagai daya tarikan kepada mereka. Satu soal selidik di Amerika Syarikat sekitar tahun 1967 yang melibatkan lebih daripada 102,626 wanita menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam permulaan merokok bagi remaja perempuan berumur bawah daripada 18 tahun, apabila iklan tembakau menyasarkan jenama tertentu kepada wanita.

Kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa dengan penekanan imej-imej dan juga tema-tema yang mempunyai nilai tinggi kepada remaja perempuan, iklan rokok dapat mempromosikan tabiat merokok sebagai satu cara untuk meningkatkan imej diri. Berbeza dengan remaja lelaki, remaja perempuan yang dikatakan lebih mudah merokok adalah daripada kalangan mereka yang mempunyai imej diri yang lebih baik dan mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi serta lebih yakin, berbanding dengan imej diri yang agak rendah bagi perokok remaja lelaki.

Thursday, October 29, 2009

BillBoard Project

0 comments
Shot ni diambil menghadap ke Kota Bharu dari Gua Musang. Ruangan untuk pemandu nampak apa yang diiklankan jelas ternyata.

Kalau nak diikutkan pemahaman Pak Karim, sebelah tiang letrik tu sesuai untuk meletakkan billboard tu. Yang tu tanah dia kepunyaan mak Pak Karim. Kalau jadi, perasan tak sebelah relung tanah tu... 1 relung 1 orang punyer. 5 relung tanah (hujung tanah) 5 billboard boleh didirikan. Bayangkannnnnnnn........

Inilah tempat yang Pak Karim nak buat projek Billboard tu. Jalan utama dari Kuala Lumpur~Kota Bharu (laluan gua musang) di KM32, Machang.

Yang ni pula adalah jalan yang bertentangan... Kalau buat billboard kat sini... 1km pun dah buleh nampak dah... Jalan straight di KM32, Machang.

Tapi........

Camner caranyer nak menjadikan impian Pak Karim menjadi kenyataan???

Wednesday, October 28, 2009

Umahku

0 comments
Ini adalah rumah pertama Pak Karim.

Asalnyer jubin ni nak kaler biru ala-ala biru Keadilan gitu... semangat juang pembangkang.... tapi sebab menghala kepada isu politik... maka ditukarkan kaler kepada scratches brown.

Kipas ni beli kat IKEA Jalan Pasar je... ada remote lagi... sapa nak pegi panjat kipas siling tu nak tengok cap beli kat mana... heehehe orang tak tahu. janji remote pastu kaler dia ala2 orang kaya gitu. muahahahah

Kaler umah (bahagian dalam) berkaler-kaler. Ada Kuning, putih, cream,pink untuk bilik kecik, Hijau untuk jamban. perggghhh jamban pun berkaler-kaler. Upah cat= RM rokok dunhill 20 x 4 orang sehari. Diorang cat ambik masa 4 hari. Kopak Pak Karim


Pak Karim cuba untuk menghiasi dalaman rumah dengan hiasan moden tapi modalnyer mak aiii, luruh jantung dibuatnyer. Kena buat slow and steady la, tak heran kalau lambat pun.... rumah tu Pak Karim punya, bukan menyewa pun.. kalau cantik pun rumah kita... betui tak?
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template