Thursday, November 19, 2009

Si Gadis Ayu

0 comments
Black Dog Bone

Si Gadis Ayu

( 1 )
Hey si gadis yang manis
Senyum di bibir terlukis
Hey si gadis yang ayu
Sebentar lagi kita bertemu

( korus )
W
oh woh woh
Gadis ayu... lesung pipit
di pipi
Ayu... senyummu menawan
Gadis ayu... ku jangan dihampakan
Ayu... sungguh ayu

Hey si gadis yang manja
Aku telah jatuh cinta
Hey si gadis yang ayu
Kau kan jadi milik ku

( ulang korus )

Gayamu lembut bila engkau menari

Woh woh
Kepintaranmu itu menarik hati
Woh woh

( ulang 1, korus & korus )

Wednesday, November 18, 2009

Menjaga Hati

2 comments
masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku

hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beriengkau

pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh

sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh


masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu

aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana

andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati

2x
sejujurnya ak masih mengharapkanmu

oooh ooohh

Senyum

0 comments
Senyum..
Senyum seindah suria

Yang membawa cahya

Senyumlah dari hati

Duniamu berseri


Senyum umpama titian

Dalam kehidupan

Kau tersenyum ku tersenyum

Kemesraan menguntum


Senyum... kepada semua

Senyumanmu amatlah berharga

Senyum... membahagiakan

Dengan senyuman terjalinlah

Ikatan...

Sunday, November 15, 2009

Jika kelmarin tersungkur

0 comments
Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.


Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan


Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.


Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu

Thursday, November 12, 2009

Puisi Kisah Bola Sepak Kelantan

0 comments
Puisi Kisah Bola Sepak Kelantan

Terbelek-belek kat net hari ini, tertarik lak dengan satu puisi

Biarkan Pak Karim sampaikan dan terjemahkan untuk tatapan anda semua


Karya : Imanshah Rosman
Khas buat penyokong Red Warrior, sajak puak-puak kelate kito hok prah gi tengok bola:


NAIK BAH NAIK KETO
PULAH MUTO PUN ADO
HUJE TURUN PUN X CARO
NAK TENGOK BOLA KLATE KITO
BELI JERSI DAN SERBO MAKNIKO
NAK TUNJUK SEMANGT ORE KITO
BAKO BERANI GAGAH PEKASO
WARNA MEROH PILIHE KITO
ADO HOK TINGGAL NGORIK ADO HOK TINGGAL ISO
NAK PAKA...T GI TENGOK SEK KITO
LEPAR BEDIL LEPAR BOTO
GOMO KLATE GOMO SLOGE KITO
TP MAIN BOLA MACE CELAKO + BODO
MASUK FINAL KALOH SOKMO
SALOH PLAYER KO SALOH SAPO
AMBIK COACH DARI ESTET MANO?
PATUTLA MSIA REJECT DIO
BUBUH PEMAIN HOK TAK TAU GAPO
MAPUH NGA GITU DAH SEK KITO
NYAYO SUNGGUH KO PENYOKONG SETIO
SEDIH MAROH TOK SAH KIRO
KALOH BODO TIGA SO
MAAF SEMO KALU TERASO

Tuesday, November 3, 2009

Malaysia Prihatin

1 comments
Semalam Uncle bercadanglah nak pergi mandi manda kat Ulu Yam. Biasa la dulu masa belajar, kerap gak ler kengkawan yang ajak tapi menolak. Bukan kambing yang takut air tapi tak boleh lepas dari komputer. sabtu ahad adalah masa untuk mentelaah Command & Conquer.

Dah rasa excited sangat ni, dari rumah kat seri kembangan tu... terus je masuk highway. Maklumlah nak cepat. Cepat sampai, cepatlah mandi. Cepat mandi, cepat la makan dan balik.

Lepas bayar tol jer, tetiba beratur kat highway. Pening lak kenapa... Kalau belah Johor mesti ada hek la ..... Kenapa hek...????

Dah siap 30 minit menikmati Jem tanpa roti.... barulah Pak Karim sampai ke tempat kejadian..... Pening dan ngeri Pak Karim melihat kejadian yang berlaku.... Tak sampai hati rasanya nak cerita untuk pengetahuan umum.

Anda bolehlah melihat gambar yang dipaparkan sebagai rujukan....


OOOOOOO bulat.... OOOOOOOOOOOOOOOOOwwwwwhhhhh... rupa-rupanya geng bikers sedang sembang kat tepi highway, dia pun prihatin kat geng2 dia. Orang yang lalu-lalang ni pun prihatin nak tengok jer.... bukan nak tolong.... Kalau ada yang nak tolong pun...tolong ambik no plate keta.. Kalau yang ada kaki tu..siap2 nak telefon Longkai. untung2 dapat RM2~3 rat gak..

Masa Pak karim kat Penang dulu, lagi dasyat kisahnyaa... Eksiden kat Jambatan Pulau Pinang, laluan menghala masuk ke Pulau, Jika ada kemalangan kat atas jambatan, Satu pulau jem. Bukan arah nak masuk ke pulau tapi laluan keluar jambatan ke Tanah Besar... Kenapa????

Biar Pak Karim terangkan... Jalan keluar dari Pulau ada 2, samada feri atau Jambatan. Kalau belah masuk pulau kemalangan berlaku, Pemandu arah jalan keluar dari pulau ke tanah Besar akan berpusu-pusu perlahankan kenderaan untuk tengok-tengok jer... kot-kot terselit no plate kereta/kenderaan yang terbabit. Tambahan pula kat Pulau Pinang ni, ada dua laluan jer ke arah jambatan. Satu Jalan tepi laut dan satu lagi jalan tengah (Bayan Baru dan Gelugur). Kalau situ sangkut... Makan jem tanpa roti berjam-jam lahhhh, Tu kalau hari biasa.. Kalu hari Rabu, sabtu dan ahad.... lagi meriah kesesakan lalu lintas ....

Pikirkan lah wahai 1Malaysia sekelian....



  • Adakah kita betul2 prihatin jika ada kemalangan di jalan raya?

  • Prihatinkah anda hingga sanggup anda biarkan kenderaan anda disondol semata-mata untuk melihat no plate?

  • Prihatinkah kita kalau berhenti di tepi jalan tanpa sebarang kecemasan sedangkan kita tahu 1Malaysia mengambil berat tentang and....

Pikirkan-pikirkan dan selamat memandu...

Sunday, November 1, 2009

PENCEMARAN BAHASA@PAPAN TANDA

0 comments

KESALAHAN YANG MEMALUKAN!!!


BANNER seperti gambar di sebelah dengan mudah dapat kita temukan di mana-mana bangunan di kawasan pekan Tanjung Malim. Masyarakat mungkin tidak bermasalah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Majlis Daerah tersebut. Hal ini demikian kerana, penggunaan kata yang tepat memudahkan masyarakat memahami mesej yang ingin disampaikan, yakni membeli kupon letak kereta bagi mengelakkan daripada kenderaan mereka disita.
Walau bagaimanapun, yang menjadi permasalahan di sini bukanlah berkenaan dengan mesej yang ingin disampaikan, tetapi yang menjadi isu ialah penggunaan bahasa yang menyalahi hukum tatabahasa. Jika kita adalah seorang pencinta bahasa, sudah pasti kita akan dapat melihat satu kesalahan yang sewenang-wenangnya dilakukan oleh majlis daerah tersebut. Kesalahan tersebut ialah penggunaan kata “disini” yang ejaannya dicantumkan. Sesungguhnya, kesalahan tatabahasa penggunaan awalan “di-“ ini tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak majlis daerah.

Awalan “di-“ merupakan awalan yang digabungkan dengan kata dasar bagi membentuk kata kerja pasif misalnya “disita”, “dilarang” dan sebagainya. Pengguna bahasa harus peka dengan keadaan ini, perlu diingat bahawa penggunaan awalan “di-“ bagi kata kerja pasif, ejaannya perlu digabungkan. Sementara itu, penggunaan “di” sebagai kata sendi nama pula digunakan khusus di hadapan kata nama dan ejaannya perlulah dijarakkan ataupun ditulis secara terpisah misalnya “di sekolah”, “di sungai”, “di Johor” dan sebagainya. Kesalahan penggunaan awalan “di-“ dan penggunaan “di” sebagai kata sendi nama ini juga dapat dilihat pada beberapa keping gambar berikut yang membuktikan kebutaan pengguna bahasa terhadap hukum tatabahasa.

Justeru, diharapkan masyarakat Malaysia khususnya pihak yang bertanggungjawab harus lebih peka dan tidak mengambil mudah isu ini. Mereka seharusnya mengambil inisiatif untuk membetulkan kesalahan ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan bahasa kepada masyarakat khusunya para pelajar. Sesungguhnya, kesalahan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam era memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Perkaumankah kita?

0 comments

Bila nak dikatakan tentang racial atau perkauman ni, kekadang ada orang cepat melenting dan mempertikaikan istilah ini, PM kita pun dah melancarkan 1 Malaysia. Apa itu? Ye lah Malaysia ni 1 jer.. mana ada lgi Malaysia yang lain.....

Bila orang menyambut Aidilfitri, Ramai serata Alam datang Rumah Terbuka 1 Malaysia. Tak kira la apa bangsa dan agama mereka. Sama juga kes2 Krismas, CNY dan Deepavali.

Dulu kalau ada 5 buah rumah dalam satu kampung, dan satu-satu rumah tersebut dianuti oleh 5 agama,bangsa yang berlainan, maka 5 cara untuk buat rumah terbuka. Betul tak?? Tengok sekarang ni, Kalau andaikata masih wujud lagi perkampungan seperti itu, 5 kali kampung itu meriah disebabkan kongsi perayaan. Kita akan merasa selamat, aman damai. Apa nak takut ? Depa raya pun sama macam kita raya juga.. Maruku pun buleh dimakan dengan chopstick cicah madu lebah asli. Nape??? janggal ke??? Anda mungkin tidak pernah merasa kerana apabila ada je kongsi raya, dimana anda ???

Nama je tinggal kat flat/condomaniam yang berbelas tingkat, Amoi cun sebelah rumah pun tak kenal. Aci hidung mancung depan rumah tak pernah tegur. Kenapa ?? takut dikata orang Budak Gatal?? Helloooooooooo, ni bukan tahun 1957 lagi. ni dah 2009. Tup2 dah masuk 2010. Lagi 10 tahun capai wawasan tau.. Mana ada istilah gatal ker, jaga tepi kain orang ker, walaupun ada lagi yang pakai kain berkemban kat kelab... Kewajipan kita menjaga keharmonian. Jaga kain yang positif la, tengok corak kain tapi jangan selak cukup laaaa.
Kita ni cepat melatah sebenarnya... Sama juga macam Pak Karim... asal tadi nak tulis pasal budu, tapi takut orang kata Pak Karim ni kenegerian, langsung termelatah pasal perkauman ni... Takder niat pun nak citer pasal tu... Ceritanyer begini... Pak Karim nak cerita yang Budu sekarang ni dah masuk era global. Tak pakai lenyek ngan kaki, peram bawah rumah dalam tempayan. Pengusaha pun dah pakai mesin dah... Botol pun untuk domestik jer. Luar kawasan dia orang pakai pek macam gambo atas ni... Jadi sesiapa yang nak try tu boleh ke mana2 Cawangan Jusco dan tanya Budu Pek ada tak???? Pak Karim dah listing dah kat semua Jusco. Dalam kajian Pak Karim dan mempelikkan keadaan, jualan budu pek ini, paling laris di Jusco MV (tempat orang kaya2) dan juga Jusco Bandar Utama,
Renung-renungkan dan selamat membeli belah...
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template