Friday, February 26, 2010

Buli

0 comments

Perbuatan buli sering berlaku dalam masyarakat kita. Orang kuat akan membuli orang yang lemah. Sebenarnya, perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Kes buli bukan sahaja bermaksud mengasari orang lain dari segi fizikal malahan juga dalam bentuk gangguan emosi. Berdasarkan kes buli yang dilaporkan dan diceritakan di negara ini juga, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya gejala buli. Antaranya, faktor keluarga pembuli dan mangsa juga boleh mencetuskan gejala tidak sihat ini. Malah, persekitaran dan budaya sekolah juga dikatakan boleh menyebabkan perkara negatif ini terus berlaku. Sebab itulah sekolah yang sering mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akdemik dan kokurikulum, jarang timbul masalah buli.

Bagi mangsa buli pula, mereka akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan dengan orang lain. Malahan ada kajian menunjukkan bahawa ada murid yang menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak. Sejarah yang dialami oleh mereka itu menyebabkan mereka akan bersikap seperti pendera yang mendera mereka sebelum ini.

Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi juga kepada rakan sekelas lain yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli oleh si pembuli. Dengan perkataan lain, pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi. Kejadian yang menimpa rakannya menyebabkan murid berkenaan berasa persekitaran sekolah tidak lagi menjadi tempat yang selamat dan kondusif untuk belajar. Jika sebelum ini para pelajar merasakan sekolah sebagai tempat yang selamat dan indah, kini tidak lagi.

Selain itu, mangsa yang dibuli akan berubah personaliti mereka, iaitu menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan sahaja takut untuk ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Jika dibiarkan berterusan, keadaan ini akan membentuk peribadi individu yang terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Situasi ini jika tidak dibendung akan menular masalah lain.

Monday, February 22, 2010

Tragedi KB Mall

0 comments
Tujuan Uncle post blog ni, bukannya nak menuding jari mencari siapa yang bersalah, ataupun siapa yang betul.

Kita selalu menuding jari selepas kejadian dan bukannya semasa atau sebelum kejadian. Orang kita selalu berkata yang ingat sebelum kena, beramal sebelum mati.

Dipaparkan disini wajah sedih kejadian yang dirakam semasa kejadian dan moga dapat kita mengambil iktibar di masa hadapan, tersentuh rasa hati uncle dan sebak jugalah bila balik kampung tempohari dan dapat video ni melalui kenalan.





Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template