Tuesday, March 9, 2010

SEKETUL KEJU & SEHELAI TUALA KECIL

1 comments

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Friday, February 26, 2010

Buli

0 comments

Perbuatan buli sering berlaku dalam masyarakat kita. Orang kuat akan membuli orang yang lemah. Sebenarnya, perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Kes buli bukan sahaja bermaksud mengasari orang lain dari segi fizikal malahan juga dalam bentuk gangguan emosi. Berdasarkan kes buli yang dilaporkan dan diceritakan di negara ini juga, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya gejala buli. Antaranya, faktor keluarga pembuli dan mangsa juga boleh mencetuskan gejala tidak sihat ini. Malah, persekitaran dan budaya sekolah juga dikatakan boleh menyebabkan perkara negatif ini terus berlaku. Sebab itulah sekolah yang sering mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akdemik dan kokurikulum, jarang timbul masalah buli.

Bagi mangsa buli pula, mereka akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan dengan orang lain. Malahan ada kajian menunjukkan bahawa ada murid yang menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak. Sejarah yang dialami oleh mereka itu menyebabkan mereka akan bersikap seperti pendera yang mendera mereka sebelum ini.

Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi juga kepada rakan sekelas lain yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli oleh si pembuli. Dengan perkataan lain, pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi. Kejadian yang menimpa rakannya menyebabkan murid berkenaan berasa persekitaran sekolah tidak lagi menjadi tempat yang selamat dan kondusif untuk belajar. Jika sebelum ini para pelajar merasakan sekolah sebagai tempat yang selamat dan indah, kini tidak lagi.

Selain itu, mangsa yang dibuli akan berubah personaliti mereka, iaitu menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan sahaja takut untuk ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Jika dibiarkan berterusan, keadaan ini akan membentuk peribadi individu yang terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Situasi ini jika tidak dibendung akan menular masalah lain.

Monday, February 22, 2010

Tragedi KB Mall

0 comments
Tujuan Uncle post blog ni, bukannya nak menuding jari mencari siapa yang bersalah, ataupun siapa yang betul.

Kita selalu menuding jari selepas kejadian dan bukannya semasa atau sebelum kejadian. Orang kita selalu berkata yang ingat sebelum kena, beramal sebelum mati.

Dipaparkan disini wajah sedih kejadian yang dirakam semasa kejadian dan moga dapat kita mengambil iktibar di masa hadapan, tersentuh rasa hati uncle dan sebak jugalah bila balik kampung tempohari dan dapat video ni melalui kenalan.





Saturday, December 19, 2009

Western at Eastern

0 comments


Sikit punyer besar signage dia... Kat Wakaf Che Yeh. Hadapan Shell and simpang ke RTMKB

Monday, December 14, 2009

Gas explosion at mall: 1 worker killed, 16 hurt

0 comments


MALACCA: The much anticipated grand opening of the largest AEON Jusco mall in the country here in Jalan Legenda in Bachang this Dec 17 is likely to be postponed following a fatal gas explosion that killed a 25-year-old supervisor while injuring 16 others on Monday.
The explosion was said to have happened at the food court section located on ground floor of the three-storey complex just before 1pm when workers and tenants were busy making final preparation for the opening.


Malacca Fire and Rescue Department personnel leaving the Aeon Jusco mall after investigating the cause of explosion on Monday. - Starpix by A Malex Yahaya




The force of the blast blew a 2m hole in the building’s sidewall while showering glass and debris over a 25m radius before starting a small fire.



Firemen from the Kubu fire and rescue station, who arrived on the scene six minutes after receiving a distress call at 12.59pm, immediately put out a small fire and found two injured victims lying outside the building.
A search and rescue operation was mounted for other victims when it was learned that there were several others missing or trapped under the rubble.
Five victims were later pulled out alive from the rubble while another, Tiau See Peing, 25, a supervisor from Batu Pahat with Old Town White Coffee was found dead with a fatal neck wound cause by flying debris.



State Fire Departments operations deputy director R. Ezhumalai said the blast is believed to have been caused by a leak when workers were testing the gas meters from the centralised Liquid Petroleum Gas system.
“We believe that the explosion was due to a gas leak as victims mentioned the smell of gas shortly before the blast.
“Although there was a small fire, the injuries and damage were caused by the blast and flying debris,” he said when met at the scene here.
Initial investigations, he added, indicated the blast originated from a leak in the gas system near the food court next to the Food & Tea restaurant.



“We are still investigating to determine the exact location of the blast or what may have caused it,” he said, adding that several other victims were earlier rushed to the hospital for treatment.
At press time, seven victims were reported to have suffered serious injuries while three are said to be in critical condition at the Malacca Hospital. Six other victims received outpatient treatment.



Meanwhile, state human resources committee chairman Datuk Yaakub Md Amin said the Department of Occupational Safety and Health has been directed to investigate the blast.
Investigations will focus on whether the contractors had followed safety measures.
“Action will be taken against them if they had not done so, resulting in the explosion,” he said.
He added that it was fortunate that the blast happened before the opening of the shopping complex when there were fewer people around.






News picked from : The Star Online

Saturday, December 5, 2009

Korban Di Aidiladha

0 comments
Korban Di Aidiladha



Tahun ini merupakan tahun yang paling bersejarah buat uncle... Menyambut hari perayaan dengan pengorbanan yang amat sangat..

Suasana kabur menyelubungi pagi hari raya AidilAdha.. Di saat umat islam menyembelih binatang ternakan mereka sebagai tanda kesyukuran rezeki dan peringatan peristiwa bersejarah Para Anbia, Uncle pula menyambut dengan tahap kerabunan peringkat dewa ke tujuh kerana cermin mata patah 2.

Bagi penduduk pantai timur.. Tak kira apa bangsa, AidlAdha adalah hari cuti yang besar, jadi peluang uncle untuk mencari pengganti amatlah sukar.... terpaksalah uncle rabun buat sementara menunggu kedai cermin mata mula beroperasi...

Terima Kasih Daun Keladi

0 comments
Terima Kasih Daun Keladi

Hello.... Joe...

Ko free tak malam sok?

Kalu free nak ajak p makan....


Itulah ayat pertama aku yang didengar bila menjawab panggilan... dengar je MAKAN... dan2 benda yang nak buat sumer cancel.... Nak basuh baju la.. Lipat Kain la...

Minggu depan dah pergi ke Melaka 7~24hb lak tu.. Baju yang diperam dah semakin menggunung dah kat dalam bilik. Bau nyer sendri mau ingat la.. Tapi Perkataan MAKAN boleh membuatkan orang jadi lapar... Boroi jadi kering... Tembam jadi sekeping... Malaysia jadi Somalia

Bukan selalu dapat jemputan makan2, tambah lak formal nyer kes.. selalunyer Kiblah tak pun Mamak Hotel jer.. Kalau kat sana...dinner lak ngan nasik lemak petang ngan teh tarik.. Cover Boroi ler katakan.. padahal nak cover wallet PRADA downtown yang menipis...

Apa pun tujuan post ni, Uncle selaku Tetamu... tabik spring3x kat penganjur.. Hebat sungguh. Terima Kasih Daun Keladi Kat :




Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template