Saturday, October 31, 2009

Kes Rokok


Satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di London mendapati bahawa antara faktor kebanyakan remaja perempuan di London, Britain dan juga Ottawa, Kanada, merokok adalah untuk menguruskan badan. Mengikut penyelidikan tersebut, keadaan ini membabitkan kira-kira 2800 remaja perempuan di kedua-dua negara dalam lingkungan usia 11-18 tahun..

Dapatan kajian ini sepatutnya menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan ibu bapa serta masyarakat umumnya kerana berkemungkinan remaja perempuan di negara ini juga turut dipengaruhi dengan hujah-hujah yang sama. Hal ini demikian kerana berat badan adalah perkara yang penting dalam kalangan remaja perempuan. Oleh hal yang demikian, tidaklah menghairankan sekiranya ramai wanita terus tidak berpuas hati dengan berat badan mereka dan menginginkan berat badan yang lebih langsing. Hal ini menyebabkan ramai daripada mereka mengamalkan cara-cara yang tertentu untuk mengurangkan berat badan masing-masing.

Mengikut satu kajian pada tahun 1996, kaitan merokok dengan kawalan berat badan telah mula diutarakan melalui iklan-iklan rokok sejak tahun 1920an lagi, khususnya di Amerika Syarikat. Sebagai contoh satu iklan jenama rokok Lucky Strike telah mengutarakan slogan "Reach for a Lucky instead of a sweet" (Cubalah Lucky daripada gula-gula). Malah mengikut kajian tersebut, iklan-iklan rokok semasa masih disasarkan kepada wanita dengan menekankan beberapa sifat kawalan berat badan melalui merokok secara tidak langsung. Mereka bukan sahaja menggunakan remaja-remaja perempuan berbadan langsing sebagai model dalam iklan-iklan, tetapi sering kali mempamerkan nama-nama rokok yang ada kaitan dengan kelangsingan badan dengan menggunakan istilah seperti "slenderness" (ramping) dan "slimness" (langsing). Hal ini menunjukkan yang syarikat-syarikat tembakau mempunyai strategi untuk memperluaskan pasaran mereka dalam kalangan wanita.

Jelas iklan-iklan ini cuba memberi satu gambaran tentang imej positif kepada remaja-remaja melalui aktiviti-aktiviti merokok. Imej diri yang diutarakan mereka kepada remaja-remaja perempuan lebih bercorak "keyakinan", "kematangan" dan "keberanian" sebagai sifat-sifat dapat menukar imej seorang wanita yang sanggup melanggar nilai dan norma sosio-budaya apabila mengamalkan tabiat merokok. Hal ini diiringi pula dengan ciri keanggunan dan menyeronokkan sebagai daya tarikan kepada mereka. Satu soal selidik di Amerika Syarikat sekitar tahun 1967 yang melibatkan lebih daripada 102,626 wanita menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam permulaan merokok bagi remaja perempuan berumur bawah daripada 18 tahun, apabila iklan tembakau menyasarkan jenama tertentu kepada wanita.

Kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa dengan penekanan imej-imej dan juga tema-tema yang mempunyai nilai tinggi kepada remaja perempuan, iklan rokok dapat mempromosikan tabiat merokok sebagai satu cara untuk meningkatkan imej diri. Berbeza dengan remaja lelaki, remaja perempuan yang dikatakan lebih mudah merokok adalah daripada kalangan mereka yang mempunyai imej diri yang lebih baik dan mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi serta lebih yakin, berbanding dengan imej diri yang agak rendah bagi perokok remaja lelaki.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template