Saturday, October 31, 2009

Kes Rokok 3


SEBUTLAH apa jua jenis penyakit yang bakal menyerang dan boleh meragut nyawa, semuanya tidak berkesan di hati perokok. Makin ditegah, makin banyak kempen kesedaran diadakan, semakin menjadi-jadi pula tabiat merokok yang kini, mula menular dalam kalangan kanak-kanak di sekolah rendah. Kanser juga tidak digeruni oleh perokok kerana kebanyakan kes berlaku pada perokok berumur 50 tahun ke atas. Jadi, keadaan ini tidak memberi kesan di hati perokok muda yang menganggap perkara itu masih terlalu jauh untuk berlaku kepada diri mereka. Namun, satu perkara yang perlu diingatkan dan difahami betul-betul ialah, insiden kes kanser mula melanda pesakit muda. Menariknya, sembilan daripada 10 jenis kanser paling popular bagi lelaki berpunca atau ada kaitan rapat dengan merokok.

Pengarah Eksekutif Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata penggunaan tembakau (sama ada menghisap rokok, cerut atau paip) menyumbang 30 peratus kematian dalam kalangan pesakit kanser.

Sehingga kini, terdapat 15 jenis kanser yang dikenal pasti berhubung rapat dengan tabiat merokok, antaranya barah paru-paru, mulut, tekak, buah pinggang, serviks, usus, perut, pankreas dan prostat. Perkara yang ingin ditekankan di sini ialah dua pertiga daripada semua jenis kanser boleh dielakkan dan caranya sangat mudah, iaitu berhenti merokok.

Statistik berdasarkan Persidangan Kawalan Tembakau Malaysia 2005 pada Mei lalu menunjukkan hampir 50 peratus lelaki Malaysia merokok. “Dianggarkan ada lapan juta perokok di Malaysia dan perkara yang menyedihkan, 75 peratus mula merokok sebelum umur 20 tahun. Kini, umur perokok semakin muda dan ada kanak-kanak sekolah rendah juga sudah terlibat dengan merokok. Hal ini bermakna kebarangkalian mendapat kanser boleh berlaku lebih awal.

Hal ini demikian kerana asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya dan 60 daripadanya sangat beracun. Antaranya, Ammonia (bahan pencuci lantai), Aseton (bahan penanggal cat), Arsenik (racun anai-anai), Toluidine, Urethane, Toluena (Bahan Pelarut), Dibenzacridine, Fenol, Butana (bahan api pemetik api), Karbon Monoksida (gas beracun ekzos kereta), Polonium-210, DDT (racun makhluk perosak), Maetanol (bahan api roket), Kadmium (bahan dalam bateri kereta), Naftalena (ubat gegat), Dimethylnitrosamine, Pyrene dan Naphthylamine. Selain itu, pengusaha memasukkan 60 jenis bahan untuk ‘menyedapkan’ rasa rokok, termasuk gula dan nikotin. Nikotin menyebabkan orang ketagih merokok dan kesannya jauh lebih berbahaya berbanding heroin.

Apabila anda merokok, asap rokok meresap masuk ke air liur dan semua sel dalam mulut. Apabila asap ditelan, semua racun tersebar ke semua sel laluan pernafasan sebelum berkumpul dalam paru-paru. Air liur bertindak balas memecahkan komponen asap rokok sebelum meresap ke salur darah. Kemudian, bahan beracun dalam asap rokok merebak ke seluruh organ dalam badan. Asap rokok meracuni air liur yang menyebabkannya hilang manfaat asalnya. Akibatnya air liur bertukar kepada bahan yang boleh merosakkan sel dalam mulut dan menyebabkan gigi berlubang serta penyakit gusi. Hal ini juga menyebabkan seorang lelaki boleh secara tiba-tiba mengalami masalah kesuburan, mati pucuk atau mendapat kanser prostat yang semuanya menyerang dalam diam.

Dr Saunthari berkata, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap semua bahagian dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah ulser dan pedih ulu hati. Selain itu, asap rokok memusnahkan bahan antioksidan semula jadi dalam air liur dan menjadi perangsang kepada pembentukan kanser dalam mulut. Dengan itu, untuk mengelakkan daripada merana, segeralah berhenti merokok.

2 comments:

Adek Abigail on October 31, 2009 at 4:13 PM said...

BERHENTI? hentikanlah menasihat tu... hahahaha.... lomah badan, dlm darah x do nikotin..

Pak Karim on October 31, 2009 at 5:57 PM said...

Nasihat, nasihat gak, fardu kifayah.. tapi orang yang tulis ni Tangtu Yang Payah..

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template