Sunday, November 1, 2009

Perkaumankah kita?



Bila nak dikatakan tentang racial atau perkauman ni, kekadang ada orang cepat melenting dan mempertikaikan istilah ini, PM kita pun dah melancarkan 1 Malaysia. Apa itu? Ye lah Malaysia ni 1 jer.. mana ada lgi Malaysia yang lain.....

Bila orang menyambut Aidilfitri, Ramai serata Alam datang Rumah Terbuka 1 Malaysia. Tak kira la apa bangsa dan agama mereka. Sama juga kes2 Krismas, CNY dan Deepavali.

Dulu kalau ada 5 buah rumah dalam satu kampung, dan satu-satu rumah tersebut dianuti oleh 5 agama,bangsa yang berlainan, maka 5 cara untuk buat rumah terbuka. Betul tak?? Tengok sekarang ni, Kalau andaikata masih wujud lagi perkampungan seperti itu, 5 kali kampung itu meriah disebabkan kongsi perayaan. Kita akan merasa selamat, aman damai. Apa nak takut ? Depa raya pun sama macam kita raya juga.. Maruku pun buleh dimakan dengan chopstick cicah madu lebah asli. Nape??? janggal ke??? Anda mungkin tidak pernah merasa kerana apabila ada je kongsi raya, dimana anda ???

Nama je tinggal kat flat/condomaniam yang berbelas tingkat, Amoi cun sebelah rumah pun tak kenal. Aci hidung mancung depan rumah tak pernah tegur. Kenapa ?? takut dikata orang Budak Gatal?? Helloooooooooo, ni bukan tahun 1957 lagi. ni dah 2009. Tup2 dah masuk 2010. Lagi 10 tahun capai wawasan tau.. Mana ada istilah gatal ker, jaga tepi kain orang ker, walaupun ada lagi yang pakai kain berkemban kat kelab... Kewajipan kita menjaga keharmonian. Jaga kain yang positif la, tengok corak kain tapi jangan selak cukup laaaa.
Kita ni cepat melatah sebenarnya... Sama juga macam Pak Karim... asal tadi nak tulis pasal budu, tapi takut orang kata Pak Karim ni kenegerian, langsung termelatah pasal perkauman ni... Takder niat pun nak citer pasal tu... Ceritanyer begini... Pak Karim nak cerita yang Budu sekarang ni dah masuk era global. Tak pakai lenyek ngan kaki, peram bawah rumah dalam tempayan. Pengusaha pun dah pakai mesin dah... Botol pun untuk domestik jer. Luar kawasan dia orang pakai pek macam gambo atas ni... Jadi sesiapa yang nak try tu boleh ke mana2 Cawangan Jusco dan tanya Budu Pek ada tak???? Pak Karim dah listing dah kat semua Jusco. Dalam kajian Pak Karim dan mempelikkan keadaan, jualan budu pek ini, paling laris di Jusco MV (tempat orang kaya2) dan juga Jusco Bandar Utama,
Renung-renungkan dan selamat membeli belah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Name:
Email Address:

For fast action and better services to avoid any miss-communication, please enter the following details:

Guest Contact No:
Please enter your details of comment / complaint

Form provided by Freedback.
 

Pak Karim Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template